ANNISSA mengisahkan Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.
Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.
Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.
Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya? dpetik dr page fb Annissa....
ulasan dr ak laks... mle2 cm xbpe besh cte nih...so, ak tgk xtgk jerk...ak mle ase cte nih besh ble sara dpt taw yg die de skt...start dr c2 lah ak follow cte nih smpai mlm td pnye episod....kcian kt anna sbb die sowg jerk yg xtaw sal balkis n farid...
episod mlm td, kesudahan cite ble imran langgar lari c farid n balkis, farid menemui ajal n balkis selamat mlahirkn bby laki tp diri die sendiri sampai skunk xsedarkn diri (koma)....sedey gler kot episod mlm td.....cian anna......farid meninggal dlm pembohongan.....iissshh3..... pe yg kn jd ngn balkis ek?? ble anna nk dpt taw yg balkis 2 sebenonye madu die?? kte 2ggu jerk laaaaa.....heheheheh pape pn..cte nih mmg besh! 




















3 comments:
sejak bile bace novel ni?huhu
eh..ni bukan novel..baru aku perasan..hahahaa
hahahhaha mu xbace lah 2.....
Post a Comment